Keanggotaan dalam politik India Subhas Chandra Bose

1921–1932: Kemasukan dalam Kongres Kebangsaan India

Bahagian ini kosong.
Anda boleh bantu dengan menambah isi bahagian ini. (Mac 2021)

1921–1932: Kembalinya di Kongres

Pada 22 Jun 1939, Bose mendirikan suatu blok menggalang semua yang berfahaman kiri dalam parti INC iaitu All India Forward Bloc.

Dengan kebarangkalian peperangan yang semakin mengena India, Bose memulakan suatu kempen pengingkaran beramai-ramai bertindak balas terhadap keputusan Wizurai Lord Linlithgow membawa India berperang bagi pihak British tanpa mendapatkan nasihat Kongres terlebih dahulu. Subhas pada mulanya mengajak Gandhi bekerjasama namun tidak diendahkan kata-katanya. Tidak lama lepas itu, Bose mengadakan tunjuk besar-besaran di Calcutta mendesak penurunan suatu tugu memperingati penahanan dan penyeksaan askar-askar British oleh Siraj ud-Daulah penguasa Subah Bengal di Dalhousie Square.[17] Beliau diberkas polis British namun dibebaskan berikutan suatu mogok lapar dilakukannya selama seminggu.